Bimbang kekasihnya menjadi rebutan lelaki lain, seorang lelaki bertindak `menggemukkan’ wanita itu dengan memberinya makan sehingga saiz badannya meningkat dua kali ganda...
You Pan berbuat demikian kerana bimbang kekasihnya,..Yan Tai dirampas orang...
Ketika mereka berkenalan dua tahun lalu, berat Yan Tai hanya 44.5 kg sahaja dan dia merupakan seorang gadis yang cantik...
Namun kini Yan Tai amat berbeza dengan berat 88 kg. Penambahan berat sebanyak 41 kg itu merupakan sebahagian daripada rancangan You Pan...
Selama beberapa bulan You Pan akan memastikan kekasihnya itu makan dengan banyak malah dia juga sanggup berbelanja untuk memastikan Yan Tai makan...
You Pan juga sanggup mengejutkan Yan Tai bangun tengah malam hanya semata-mata untuk memastikan wanita itu makan makanan ringan...
Semuanya dilakukan bagi memastikan wanita itu tidak menarik pada pandangan lelaki lain...
Menurut You Pan, berkahwin kelak, dia akan terus memastikan Yan Tai makan agar badannya terus gemuk..
0 comments:
Post a Comment