Monday, 13 April 2015
Filled Under:
Panas !!! Luahan Kecewa Farid Kamil Tentang Isu Gaya Terlampau Isterinya
Posted By:
Unknown
on 11:47
Pelakon dan pengarah Farid Kamil, 34, meluahkan rasa terkilannya mengenai isu isterinya, Diana Danielle 24, yang telah bergambar menampakkan bahagian dada di sebuah majalah baru-baru ini....
Bagaimanapun Farid enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai isu tersebut dan menganggap ia terlalu hybrid dalam kerjaya seni dan lain-lain...
"Saya minta maaf, saya tak boleh komen dengan lebih lanjut mengenai isu tersebut kerana itu melibatkan peranan saya sebagai seorang suami mahupun pelakon...
"Pihak media boleh bertanyakan apa-apa soalan kepada pengurusan artis Diana kerana ia di luar bidang saya untuk menjawab," ujar Farid kepada portal Murai di majlis tayangan perdana filem terbaru lakonannya, Abang Lejen di Mutiara Damansara...
Ketika ditanya adakah isterinya menjadi mangsa keadaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab? Farid hanya menarik nafas panjang dan berdiam diri...
"Entahlah sukar bagi diri saya untuk menerangkan dan memberi komen yang terperinci, apa yang boleh saya lakukan hanya mampu berdoa agar insiden seumpama ini tidak berulang lagi," katanya dengan nada yang gusar....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment